Posts

Showing posts from June, 2018

NOTA KULIAH

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan islam adalah usaha berterusan yang bersepadu dlam menyampaikan ilmu bagi membentuk diri, mengasuh peribadi , membina kemahiran diri dan menjadi contoh tauladan dalam penghayatan cara hidup islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah dengan peningkatan potensi diri dari sudut spiritual, fizikal, intelek, emosi dan sosial agar menjadi manusia yang bertangungjawab terhadap Allah, manusia dan persekitaran alam kearah mencapai kebahagian di dunia dann kesejahteraan abadi di akhirat. METODOLOGI PENDIDIKAN RASULULLAH Pendidikan  ialah satu proses berkaitan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu meliputi perkara seperti aktiviti , perancangan penglolaan, bimbingan dan penilaian. Metodologi pengajaran Rasulullah : - Sistem yang mengandungi prinsip, sukatan, teknik dan sebagainya yang digunakan oleh Rasulullah. Metodologi  ialah sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dan sesuatu kegiatan dan sebagainy...