RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 7


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 7.

Nama Guru           : Sarah Aqilah binti Abdul Mustafa
Matapelajaran      : Jawi Darjah Dua
Kelas                      : 2 An-Naim
Tarikh                    : 17 / 7 / 2018
Masa                      : 2.30- 3.30
Bilangan Murid    : 19/21
Tajuk                     : Menulis ayat-ayat sederhana.
Kemahiran            : Membaca, menulis dan menyebut.
Kaedah                  : Syarahan.
Pengetahuan
sedia ada               : 1) Murid sudah belajar pengunaan papan huruf tiga warna
                                     untuk menulis ayat mudah.
                                2) Murid tahu menulis ayat-ayat mudah
Hasil
Pembelajaran      : 1) Menyebut 4 ayat -ayat sederhana dengan betul.
            2) Menulis 4 ayat-ayat sederhana dengan betul.
          
Kemahiran           : Soal jawab, membuat perkaitan, membanding beza.

Penerangan
Nilai                     : Khusyuk, patuh dan taat.
  
Bahan                  : Kotak beracun, marker dan papan putih kecil.


MASA/ LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahulu
an (2m)
-Ucapan salam dan bacaan doa “بسم الله الرحمن الرحيم. اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين.
-Guru meminta pelajar membaca doa belajar.
-Guru dan murid membaca sama-sama doa belajar.
Nilai :
-Khusyuk
-mengamalkan adab belajar.
Set induksi     (5m)
1. Menayangkan video perbualan antara dua orang sahabat.

2. Soalan: “apakah yang kamu dapat fahami melalui  Video ini?”
-Saranan jawapan: perbualan, kawan, sebutan.
3. Tahukah pelajar perkaitan video dengan tajuk pembelajaran hari ini.

1. Guru menayangkan video dihadapan kelas.
2. Guru mengutarakan beberapa soalan berkaitan.
3. Pelajar menjawab mengikut pengetahuan sedia ada.
4. Guru membuat perkaitan antara video dengan tajuk yang akan diajari serta menerangkannya.
Kemahiran Berfikir:
- Membuat perkaitan
- Menganalisis

Nilai : - fokus
           - khusyuk

Strategi :
- Pusatkan bahan
   dan murid.

BBM : - Video

Langkah 1
( 13m)
Pengenalan cara menulis ayat-ayat sederhana.
1) Mengunakan contoh perbualan tadi dengan menulis dalam tulisan jawi.
2) Menulis dengan mengunakan kaedah papan huruf 3 warna.
3) Memberi contoh ayat-ayat sederhana :
  - Saya suka membaca
  - Saya sedang belajar
  - Saya menulis surat
  - Saya mengira markah

1. Guru mengunakan contoh dialog dengan menulis dalam tulisan jawi.
2. Guru mengajar menulis ayat sederhana mengunakan teknik lampu isyarat.
3. Contoh ayat sederhana:
  - Saya suka membaca
  - Saya sedang belajar
  - Saya menulis surat
  - Saya mengira markah



Kemahiran berfikir:
- Menganalisis

Nilai : - Taat
           - Patuh

Strategi : Pusatkan 
               Guru.

BBM :  
- Marker
- Papan putih
 Langkah 2
(20m)
Baca, sebut, menulis ayat sederhana.
1) menulis ayat-ayat sederhana.
2) Sebut dan baca
Contohnya:
- Saya sayang bapa
- Saya bantu ibu
- Saya hormat guru
- Saya ada kawan
1) Guru menulis ayat sederhana di papan hitam
- Saya sayang bapa
- Saya bantu ibu
- Saya hormat guru
- Saya ada kawan
2) Guru meminta beberapa orang pelajar baca.
3) Guru meminta 3 pelajar menulis dalam jawi ayat sederhana yang telah dibaca di papan putih dan guru akan memberi bimbingan.

Kemahiran berfikir:
-Membuat perkaitan

Nilai : - Yakin
           - Berani

Strategi : Pusatkan
                Murid.

BBM :
- Marker
- Papan putih
- Gambar
Langkah 3
(15m )

1) Permainan “kotak beracun”
Antara ayat yang disediakan :
- Aisyah menolong ibunya.
- Hasan menjala ikan
- Zabidah menanam pokok.
- Jamilah mencuci pinggan.
- Naziah mengelap cermin.
2) Baca dan tulis ayat sederhana mengunakan kaedah yang telah diajar.
Soalan:
“Tulis ayat sederhana dalam jawi mengikut kaedah yang telah diajar”
Saranan Jawapan:
- Aisyah menolong ibunya.
- Hasan menjala ikan
- Zabidah menanam pokok.
- Jamilah mencuci pinggan.
- Naziah mengelap cermin.


1) Guru memberi kotak beracun kepada pelajar dengan iringan muzik.
2) Guru berhentikan muzik dan kotak itu berhenti pada orang yang terakhir bila musik diberhentikan, dia kena bangun dan cabut satu kertas di dalam nya.
3) Kemudian, murid tersebut perlu baca dan menulis jawapan tersebut dalam tulisan jawi di papan putih kecil yang disediakan.
4) Guru membuat semakan hasil kerja murid.
5) Guru menyemak hasil kerja murid dan membuat pembetulan.
6) Guru mengenal pasti berapa ramai murid yang dapat menguasai pelajaran ini.
Kemahiran berfikir:
-Membuat perkaitan.

Nilai :
- Fokus
- Patuh

Strategi :Pusatkan
              Bahan   
             dan Murid.

BBM :
-Kotak beracun
-Papan putih kecil
-Marker

Penutup (5m)
1) Ayat sederhana diatas diulang semula.
2) Kaedah menulis ayat sederhana mengunakan papan huruf tiga warna.
3) Murid digalakkan menulis jawi dan membaca tulisan jawi.
1) Guru membuat rumusan dengan meminta murid mengulang semula ayat sederhana yang di ajari.
2) Guru memberi latihan untuk buat dirumah.
Kemahiran berfikir:
-merumus

Nilai : - Fokus
            - Berani

Strategi : Pusatkan  
                Murid.

BBM :
- Buku teks
- Buku Latihan



Catatan Refleksi :
- Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa murid tidak hadir sebab kurang sihat. Penguasaan pelajaran pada hari ini sangat baik tetapi masih ada pelajar belum menguasai dengan sepenuhnya. Saya akan melakukan pengulangan pada kelas akan dating sehingga semua pelajar dapat menguasainya.


Ulasan Pensyarah :





Ulasan Guru Pembimbing :


Comments

Popular posts from this blog

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2

NOTA KULIAH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1